Monday, December 3, 2012


Penyerahan pakaian kepada Pangsapuri Sri Purnama






 Penyerahan pakaian kepada warga Asnaf di Pangsapuri Seri Purnama. 



Aktiviti penyerahan pakaian kepada warga Asnaf di Pangsapui Seri Purnama .Acara dimulakan pada pukul 1.00 tengahari. 
Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam pengagihan barang ini termasuk videoman. 

Tepat pada pukul 1.00 tengahari barang barang mula diagihkan kepada warga Asnaf yang telah kami pilih . Sebanyak 10 keluarga yang mempunyai ramai anak anak dan tidak mampu dari segi kewangan yang telah kami pilih. 

Barang barang diagihkan mengikut keluarga yang telah kami pilih dan baju baju yang kami beri mengikut kesesuaian umur dan jantina . permainan yang telah kamidapat juga , telah kami agihkan kepada 
setiap keluarga untuk anak anak mereka.mengikut jantina dan umur yang sesuai. 

 Barang barang ini telah di agihkan dari pintu ke pintu. 
Tepat pukul4 petang, barang barang yang diagihkan mulakehabisan. 
Secara keseluruhannya seluruh keluarga yang terlibat amat berbesar 
hati dengan kedatangan kami yang ingin menghulurkan bantuan.

Kesimpulannya, barang barang yang kami telah kumpulkan telah 
diagihkan mengikut keluarga yang telah kami pilih yang mempunyai 
anak ramai dan darisegi factor wang. Mereka amat bergembira kerana dapat menerirna bantuan ini. Diharapkan pada masa yang akan datang, akan lebih ramai lagiyang menghulurkan bantuan. 






 ‘World Innovation Forum Kuala Lumpur’                      






Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada 6 dan 7 haribulan November 2012.

Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam acara forum ini.

Tepat pada pukul 1.00 tengahari, Encik Khairuddin Aziz telah mewakili Drug Free Youth Association untuk memberi ceramah tentang Belia Bebas Dadah.

Dalam ceramah ini terdapat banyak pengisian tentang Belia Bebas Dadah dan kesedaran masyarakat tentang bahayanya penggunaan dadah.

Tepat pada pukul 4.30 petang kami diarahkan berkumpul untuk mendengar penerangan syarat syarat pertandingan ‘We Walk The Talk’.

Seramai 20 orang mewakili Drug Free Youth Association memasuki pertandingan ini.  Kami dikehendaki untuk mengumpul seramai yang boleh untuk menyokong kempen yang kami jalankan.

Terdapat 3 kempen yang telah kami adakan iaitu ‘Stop Abuse For Children and Women’, ‘Go Green’ dan ‘Drug Free Youth Association’. Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan ini. Seramai 6-7 orang dalam satu kumpulan. Kami diberi masa sebanyak 45 minit untuk menghabiskan pertandingan ini.

 Tepat pada pukul 5.45 petang, kami semua telah sampai di garisan penamat . Malangnya, Drug Free Youth tidak sempat sampai di garisan penamat.

Pada pukul 7.00 petang, kami diumukan pemenangnya. Go Green telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini dan hadiahnya berjumlah RM5000.00 ringgit. Kami amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini. Ianya juga dapat membantu kami untuk meneruskan kempen ini.


                      
                                                                                      Tarikh : 8 November 2012




Friday, November 9, 2012


satu kebajikan yang dianjurkan oleh Drug Free Youth Malaysia telah dijalankan dengan sempurna. tujuan kebajikan ini adalah untuk membantu orang orang Asnaf . menurut saya sendiri, bagaimana kita mahu maju kalau orang disekeliling kita susah? dan sampai bila kita mahu makan rasuah dan biarkan orang susah terus susah?

'orang kaya makin banyak, orang miskin terus tercicir '

anak anak yang sepatutnya dapat hak untuk bersekolah tidak diberi keutamaan. sepatutnya kita harus membela mereka walau macam mana jua keadaan mereka. anak anak ini yang bakal mengubah warna dunia.

jika kita mahu membantu mereka silalah "

'one stop bring a thousand smile, believe me'


21 october 2012
mcpa
Asia Pacific Edge Day



Tuesday, December 6, 2011

Telok Gong Musical Fest Report

Drug Free Youth Association
Repot “Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival

1.
Acara Berbasikal Dari Dataran Klang Ke Telok Gong

a)    Acara dimulakan pada pukul 7.00 pagi bermula dari dataran klang, seramai 150 orang penyertaan rata-ratanya dari golongan belia, sebelum memulakan kayuhan mereka perlu mendaftar terlebih dahulu dengan bayaran sebanyak Rm 5.00 beserta Button Badge sebagai token bagi mereka menebus makan dan minum setelah tiba di tempat acara.

b)    Tepat pukul 8.00 pagi acara kayuhan telah pun dirasmikan dengan bantuan pihak polis trafik dan pihak jabatan pertahanan awam mengawal perjalanan peserta.

c)    Jarak antara Dataran Klang ke Telok Gong adalah kira-kira 10 kilometer dan mengambil masa kira-kira satu jam kayuhan untuk sampai ke destinasi.

d)    Tepat pukul 9.00 pagi para peserta telah pun tiba di Telok Gong dengan di sambut meriah oleh penduduk kampung.
2.
Acara Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival

a)    Tepat pukul 10.00 pagi perasmian bagi acara Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival telah pun dirasmikan dengan segala hormatnya oleh Dato Mazlynoor ketua cawangan Umno Klang.

b)    Setelah selesai perasmian dan sepatah dua kata oleh Dato Mazlynoor, kami memulakan majlis dengan demonstrasi tarian “Breakdancing” oleh Ro dari kumpulan “Soulution Crew” dan persembahan tarian oleh “Revolution Crew”.

c)    Pukul 10.30 pagi kelihatan penduduk kampung serta orang ramai berpusu-pusu datang ke Dewan Hamid Tuah dimana acara kami berlangsung.

d)    Terdapat juga beberapa gerai pameran dari PDRM,AADK,JPAM serta gerai jualan oleh penduduk kampung.

e)    Pukul 11.30 pagi acara diteruskan dengan pertunjukkan silat dan muay thai oleh sukarelawan “Drug Free Youth Association”. Setelah selesai pertunjukkan tersebut kumpulan pancaragam Smk Dato’ Hamzah Klang mengambil alih pentas dengan beberapa buah lagu .

f)     Tepat Pukul 12.00 tengah hari acara yang ditunggu-tunggu oleh para peserta serta penduduk kampung pun berlangsung iaitu persembahan band-band dari “Drug Free Youth Association”. Band pertama yang menghangatkan pentas pada hari tersebut ialah band dari Smk Tengku Ampuan Jemaah, Klang mereka menyanyikan beberapa buah lagu sendiri serta lagu-lagu cover dari band “Hujan”.Pukul 12.30 tengah hari band dari shah alam iaitu Heart-A-Tack membuatkan semua penonton mula ke depan pentas serta menyanyi bersama-sama dengan mereka. Antara lagu mereka yang mendapat sambutan ialah Single terbaru mereka “Hilangkan” yang buat pertama kalinya di perdengarkan pada semua orang yang hadir pada hari tersebut.Setelah selesai rehat serta solat zohor acara diteruskan lagi kira-kira pukul 2.00 petang dengan sebuah band ska dari Sungai Besar iaitu Orkeska yang membuatkan seluruh dewan menari.Selesai persembahan oleh band tersebut acara di sambung dengan pertunjukkan “Trick” skateboard oleh peserta-peserta skateboard dan juga peserta berbasikal mempamerkan basikal mereka.Pukul 3.00 petang acara diteruskan dengan band dari kuala lumpur iaitu Nuras yang menyampaikan beberapa buah lagu yang mengasyikkan pada petang itu.pukul 4.00 petang band Stick No Bill pula mengegarkan dewan pada hari tersebut selaku band penutup pada hari itu,Mereka menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga serta menyampaikan beberapa mesej positif kepada para belia serta diselang selikan dengan lagu-lagu mereka.

g)    Pukul 4.30 petang acara telah pun tamat dan para peserta ada yang telah berlangsung pulang dan kami menerima maklum balas yang positif oleh penduduk kampung dengan acara yang kami telah jalankan ini dan mereka berharap agar kami melakukannya lagi tahun depan.


Telok Gong Musical Fest

Drug Free Youth Telok Gong

DFYA adalah badan NGO tanpa untung yang ditubuhkan khas untuk Remaja memerangi dadah.Ahli ahlinya terdiri darik pemuzik pemuzik muda yang berpengalaman, berwawasan dan bercita cita bertindak memerangi dadah didalam pertempatan remaja seperti konsert,gig,perkampungan,dalam Bandar,sekolah dan institusi pengajian tinggi.DFYA  adalah sukarelawan kepada Agensi Dadah Kebangsaan,Kementerian belia dan Sukan dan Hospital tengku Ampuan Rahimah.DFYA juga Rakan NGO kepada Yayasan Kebajikan Baitulrahmah Klang,Malaysia Fitness and Anti Doping Association,Initiatives For Change dan akan bergabung dengan banyak NGO di masa hadapan.DFYA telah berkejasama dengan beberapa sekolah dan institusi pengajian Tinggi di Selangor dan sembutan yang diterima amat menggalakkan.

Sejarah Muzik telah membuktikan ramai pengguna dan penagih dadah datang daripada pemuzik  luar Negara yang dikenali seperti Bob Marley,Kurt Kobain,Sid Vicious,Lindsay Lohan dan di dalam Negara seperti Saleem,Jamal Abdillah,Radhi OAG,Ameng Spring,Haleeda dan pelakon seperti Shaiful Apek,Benji dan ramai lagi.Pengaruh mereka telah mempengaruhi ramai remaja untuk mengambil dadah untuk bersuka ria dan memberi ilham mengamati lagu dan lakonan.
Tanggapan sesetengah pihak mengangap pemuzik dan pelakon  memang tak dapat di sangkal lagi.Kebanyakan mereka mengangap pemuzik bebas dalam pengaruh dadah dan alkohol adalah benar.Tetapi tidak semua diantara mereka bersetuju dadah dan alkohol harus di gunakan untuk berhibur.Dalam Agama Islam  mengingatkan kita supaya berhibur asal tidak menghayalkan dan berhibur  yang membawa mesej mesej kebajikan  lebih digalakkan.

Tujuan DFYA menganjurkan kempen Drug Free Telok Gong  adalah kerana menyedari terdapat ramai remaja berisiko yang terhimpit dengan kemiskinan dan gejala sosial yang berleluasa di petempatan Telok Gong.Terdapat ramai remaja yang yang bermasaalah di Telok Gong yang harus diselamatkan dengan mendedahkan mereka kepada “Alternatif Lifestyle” dan kemahiran menangkis emosi,hasutan rakan rakan sebaya dari pengedar  dadah.DFYA bertindak sebagai  Ikon ,Pembimbing Rakan Sebaya,”Big Bro” kepada remaja remaja supaya remaja senang mendekati.

DFYA terdiri daripada pemuzik pemuzik yang ternama di persada seni muzik bebas.Pemuzik pemuzik bebas ni telah dikenali di serata negeri dan setengahnya sudah menjelajahi  Eropah dan Asia Tenggara.Dengan menggunakan populariti mereka bergerak untuk memberikan mesej mesej yang positif kepada remaja.Kebanyakan Ahli ahli muzik DFYA menolak Merokok, Alkohol dan Menyentuh Najis Dadah.Pengaruh mereka memudahkan mereka mempengaruh remaja remaja supaya tidak menyentuh Penggunaan tersebut.

Acara Drug Free Telok Gong ‘Ikon Bangkit’ akan diadakan untuk membawa kesedaran dan memperkasa ibubapa dan orang kampung untuk menangkis hasutan pengambilan.Perlaksanaan kempen ini adalah dengan kerjasama Kampung Nelayan,SRK Telok Gong,Adun Pelabuhan Klang,PIBG,Aadk,Persatuan Pengasih,Yayasan Baitulrahmah dan sekolah sekolah di daerah Pelabuhan Klang.