Drug Free Youth Association
Repot “Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival
| 1. | Acara Berbasikal Dari Dataran Klang Ke Telok Gong |
| | a) Acara dimulakan pada pukul 7.00 pagi bermula dari dataran klang, seramai 150 orang penyertaan rata-ratanya dari golongan belia, sebelum memulakan kayuhan mereka perlu mendaftar terlebih dahulu dengan bayaran sebanyak Rm 5.00 beserta Button Badge sebagai token bagi mereka menebus makan dan minum setelah tiba di tempat acara. |
| | b) Tepat pukul 8.00 pagi acara kayuhan telah pun dirasmikan dengan bantuan pihak polis trafik dan pihak jabatan pertahanan awam mengawal perjalanan peserta. |
| | c) Jarak antara Dataran Klang ke Telok Gong adalah kira-kira 10 kilometer dan mengambil masa kira-kira satu jam kayuhan untuk sampai ke destinasi. |
| | d) Tepat pukul 9.00 pagi para peserta telah pun tiba di Telok Gong dengan di sambut meriah oleh penduduk kampung. |
| 2. | Acara Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival |
| | a) Tepat pukul 10.00 pagi perasmian bagi acara Ikon Bangkit Telok Gong : Drug Free Music Festival telah pun dirasmikan dengan segala hormatnya oleh Dato Mazlynoor ketua cawangan Umno Klang. |
| | b) Setelah selesai perasmian dan sepatah dua kata oleh Dato Mazlynoor, kami memulakan majlis dengan demonstrasi tarian “Breakdancing” oleh Ro dari kumpulan “Soulution Crew” dan persembahan tarian oleh “Revolution Crew”. |
| | c) Pukul 10.30 pagi kelihatan penduduk kampung serta orang ramai berpusu-pusu datang ke Dewan Hamid Tuah dimana acara kami berlangsung. |
| | d) Terdapat juga beberapa gerai pameran dari PDRM,AADK,JPAM serta gerai jualan oleh penduduk kampung. |
| | e) Pukul 11.30 pagi acara diteruskan dengan pertunjukkan silat dan muay thai oleh sukarelawan “Drug Free Youth Association”. Setelah selesai pertunjukkan tersebut kumpulan pancaragam Smk Dato’ Hamzah Klang mengambil alih pentas dengan beberapa buah lagu . |
| | f) Tepat Pukul 12.00 tengah hari acara yang ditunggu-tunggu oleh para peserta serta penduduk kampung pun berlangsung iaitu persembahan band-band dari “Drug Free Youth Association”. Band pertama yang menghangatkan pentas pada hari tersebut ialah band dari Smk Tengku Ampuan Jemaah, Klang mereka menyanyikan beberapa buah lagu sendiri serta lagu-lagu cover dari band “Hujan”.Pukul 12.30 tengah hari band dari shah alam iaitu Heart-A-Tack membuatkan semua penonton mula ke depan pentas serta menyanyi bersama-sama dengan mereka. Antara lagu mereka yang mendapat sambutan ialah Single terbaru mereka “Hilangkan” yang buat pertama kalinya di perdengarkan pada semua orang yang hadir pada hari tersebut.Setelah selesai rehat serta solat zohor acara diteruskan lagi kira-kira pukul 2.00 petang dengan sebuah band ska dari Sungai Besar iaitu Orkeska yang membuatkan seluruh dewan menari.Selesai persembahan oleh band tersebut acara di sambung dengan pertunjukkan “Trick” skateboard oleh peserta-peserta skateboard dan juga peserta berbasikal mempamerkan basikal mereka.Pukul 3.00 petang acara diteruskan dengan band dari kuala lumpur iaitu Nuras yang menyampaikan beberapa buah lagu yang mengasyikkan pada petang itu.pukul 4.00 petang band Stick No Bill pula mengegarkan dewan pada hari tersebut selaku band penutup pada hari itu,Mereka menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga serta menyampaikan beberapa mesej positif kepada para belia serta diselang selikan dengan lagu-lagu mereka. |
| | g) Pukul 4.30 petang acara telah pun tamat dan para peserta ada yang telah berlangsung pulang dan kami menerima maklum balas yang positif oleh penduduk kampung dengan acara yang kami telah jalankan ini dan mereka berharap agar kami melakukannya lagi tahun depan. |
