Monday, December 3, 2012


Penyerahan pakaian kepada Pangsapuri Sri Purnama






 Penyerahan pakaian kepada warga Asnaf di Pangsapuri Seri Purnama. 



Aktiviti penyerahan pakaian kepada warga Asnaf di Pangsapui Seri Purnama .Acara dimulakan pada pukul 1.00 tengahari. 
Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam pengagihan barang ini termasuk videoman. 

Tepat pada pukul 1.00 tengahari barang barang mula diagihkan kepada warga Asnaf yang telah kami pilih . Sebanyak 10 keluarga yang mempunyai ramai anak anak dan tidak mampu dari segi kewangan yang telah kami pilih. 

Barang barang diagihkan mengikut keluarga yang telah kami pilih dan baju baju yang kami beri mengikut kesesuaian umur dan jantina . permainan yang telah kamidapat juga , telah kami agihkan kepada 
setiap keluarga untuk anak anak mereka.mengikut jantina dan umur yang sesuai. 

 Barang barang ini telah di agihkan dari pintu ke pintu. 
Tepat pukul4 petang, barang barang yang diagihkan mulakehabisan. 
Secara keseluruhannya seluruh keluarga yang terlibat amat berbesar 
hati dengan kedatangan kami yang ingin menghulurkan bantuan.

Kesimpulannya, barang barang yang kami telah kumpulkan telah 
diagihkan mengikut keluarga yang telah kami pilih yang mempunyai 
anak ramai dan darisegi factor wang. Mereka amat bergembira kerana dapat menerirna bantuan ini. Diharapkan pada masa yang akan datang, akan lebih ramai lagiyang menghulurkan bantuan. 






 ‘World Innovation Forum Kuala Lumpur’                      






Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada 6 dan 7 haribulan November 2012.

Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam acara forum ini.

Tepat pada pukul 1.00 tengahari, Encik Khairuddin Aziz telah mewakili Drug Free Youth Association untuk memberi ceramah tentang Belia Bebas Dadah.

Dalam ceramah ini terdapat banyak pengisian tentang Belia Bebas Dadah dan kesedaran masyarakat tentang bahayanya penggunaan dadah.

Tepat pada pukul 4.30 petang kami diarahkan berkumpul untuk mendengar penerangan syarat syarat pertandingan ‘We Walk The Talk’.

Seramai 20 orang mewakili Drug Free Youth Association memasuki pertandingan ini.  Kami dikehendaki untuk mengumpul seramai yang boleh untuk menyokong kempen yang kami jalankan.

Terdapat 3 kempen yang telah kami adakan iaitu ‘Stop Abuse For Children and Women’, ‘Go Green’ dan ‘Drug Free Youth Association’. Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan ini. Seramai 6-7 orang dalam satu kumpulan. Kami diberi masa sebanyak 45 minit untuk menghabiskan pertandingan ini.

 Tepat pada pukul 5.45 petang, kami semua telah sampai di garisan penamat . Malangnya, Drug Free Youth tidak sempat sampai di garisan penamat.

Pada pukul 7.00 petang, kami diumukan pemenangnya. Go Green telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini dan hadiahnya berjumlah RM5000.00 ringgit. Kami amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini. Ianya juga dapat membantu kami untuk meneruskan kempen ini.


                      
                                                                                      Tarikh : 8 November 2012




Friday, November 9, 2012


satu kebajikan yang dianjurkan oleh Drug Free Youth Malaysia telah dijalankan dengan sempurna. tujuan kebajikan ini adalah untuk membantu orang orang Asnaf . menurut saya sendiri, bagaimana kita mahu maju kalau orang disekeliling kita susah? dan sampai bila kita mahu makan rasuah dan biarkan orang susah terus susah?

'orang kaya makin banyak, orang miskin terus tercicir '

anak anak yang sepatutnya dapat hak untuk bersekolah tidak diberi keutamaan. sepatutnya kita harus membela mereka walau macam mana jua keadaan mereka. anak anak ini yang bakal mengubah warna dunia.

jika kita mahu membantu mereka silalah "

'one stop bring a thousand smile, believe me'


21 october 2012
mcpa
Asia Pacific Edge Day