‘World Innovation Forum Kuala Lumpur’
Acara
dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada 6 dan 7 haribulan November 2012.
|
|
Seramai
10 orang telah mengambil bahagian dalam acara forum ini.
|
|
Tepat
pada pukul 1.00 tengahari, Encik Khairuddin Aziz telah mewakili Drug Free
Youth Association untuk memberi ceramah tentang Belia Bebas Dadah.
|
|
Dalam
ceramah ini terdapat banyak pengisian tentang Belia Bebas Dadah dan kesedaran
masyarakat tentang bahayanya penggunaan dadah.
|
|
Tepat
pada pukul 4.30 petang kami diarahkan berkumpul untuk mendengar penerangan
syarat syarat pertandingan ‘We Walk The Talk’.
|
|
Seramai
20 orang mewakili Drug Free Youth Association memasuki pertandingan ini. Kami dikehendaki untuk mengumpul seramai
yang boleh untuk menyokong kempen yang kami jalankan.
|
|
Terdapat
3 kempen yang telah kami adakan iaitu ‘Stop Abuse For Children and Women’,
‘Go Green’ dan ‘Drug Free Youth Association’. Kami telah dibahagikan kepada 3
kumpulan ini. Seramai 6-7 orang dalam satu kumpulan. Kami diberi masa
sebanyak 45 minit untuk menghabiskan pertandingan ini.
|
|
Tepat pada pukul 5.45 petang, kami semua
telah sampai di garisan penamat . Malangnya, Drug Free Youth tidak sempat
sampai di garisan penamat.
|
|
Pada
pukul 7.00 petang, kami diumukan pemenangnya. Go Green telah mendapat tempat
pertama dalam pertandingan ini dan hadiahnya berjumlah RM5000.00 ringgit.
Kami amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini. Ianya juga dapat membantu
kami untuk meneruskan kempen ini.
|
Tarikh : 8 November 2012
No comments:
Post a Comment