Drug Free Youth Telok Gong
DFYA adalah badan NGO tanpa untung yang ditubuhkan khas untuk Remaja memerangi dadah.Ahli ahlinya terdiri darik pemuzik pemuzik muda yang berpengalaman, berwawasan dan bercita cita bertindak memerangi dadah didalam pertempatan remaja seperti konsert,gig,perkampungan,dalam Bandar,sekolah dan institusi pengajian tinggi.DFYA adalah sukarelawan kepada Agensi Dadah Kebangsaan,Kementerian belia dan Sukan dan Hospital tengku Ampuan Rahimah.DFYA juga Rakan NGO kepada Yayasan Kebajikan Baitulrahmah Klang,Malaysia Fitness and Anti Doping Association,Initiatives For Change dan akan bergabung dengan banyak NGO di masa hadapan.DFYA telah berkejasama dengan beberapa sekolah dan institusi pengajian Tinggi di Selangor dan sembutan yang diterima amat menggalakkan.
Sejarah Muzik telah membuktikan ramai pengguna dan penagih dadah datang daripada pemuzik luar Negara yang dikenali seperti Bob Marley,Kurt Kobain,Sid Vicious,Lindsay Lohan dan di dalam Negara seperti Saleem,Jamal Abdillah,Radhi OAG,Ameng Spring,Haleeda dan pelakon seperti Shaiful Apek,Benji dan ramai lagi.Pengaruh mereka telah mempengaruhi ramai remaja untuk mengambil dadah untuk bersuka ria dan memberi ilham mengamati lagu dan lakonan.
Tanggapan sesetengah pihak mengangap pemuzik dan pelakon memang tak dapat di sangkal lagi.Kebanyakan mereka mengangap pemuzik bebas dalam pengaruh dadah dan alkohol adalah benar.Tetapi tidak semua diantara mereka bersetuju dadah dan alkohol harus di gunakan untuk berhibur.Dalam Agama Islam mengingatkan kita supaya berhibur asal tidak menghayalkan dan berhibur yang membawa mesej mesej kebajikan lebih digalakkan.
Tujuan DFYA menganjurkan kempen Drug Free Telok Gong adalah kerana menyedari terdapat ramai remaja berisiko yang terhimpit dengan kemiskinan dan gejala sosial yang berleluasa di petempatan Telok Gong.Terdapat ramai remaja yang yang bermasaalah di Telok Gong yang harus diselamatkan dengan mendedahkan mereka kepada “Alternatif Lifestyle” dan kemahiran menangkis emosi,hasutan rakan rakan sebaya dari pengedar dadah.DFYA bertindak sebagai Ikon ,Pembimbing Rakan Sebaya,”Big Bro” kepada remaja remaja supaya remaja senang mendekati.
DFYA terdiri daripada pemuzik pemuzik yang ternama di persada seni muzik bebas.Pemuzik pemuzik bebas ni telah dikenali di serata negeri dan setengahnya sudah menjelajahi Eropah dan Asia Tenggara.Dengan menggunakan populariti mereka bergerak untuk memberikan mesej mesej yang positif kepada remaja.Kebanyakan Ahli ahli muzik DFYA menolak Merokok, Alkohol dan Menyentuh Najis Dadah.Pengaruh mereka memudahkan mereka mempengaruh remaja remaja supaya tidak menyentuh Penggunaan tersebut.
Acara Drug Free Telok Gong ‘Ikon Bangkit’ akan diadakan untuk membawa kesedaran dan memperkasa ibubapa dan orang kampung untuk menangkis hasutan pengambilan.Perlaksanaan kempen ini adalah dengan kerjasama Kampung Nelayan,SRK Telok Gong,Adun Pelabuhan Klang,PIBG,Aadk,Persatuan Pengasih,Yayasan Baitulrahmah dan sekolah sekolah di daerah Pelabuhan Klang.
No comments:
Post a Comment